Assalamualaikum..
Kali ni saya ingin kongsikan bagaimana cara untuk kuruskan badan/turunkan berat badan dengan cepat dan sihat. Kebanyakan rakyat Malaysia telah mencapai tahap obesiti yang melampau dan berat badan yang berlebihan.
Berdasarkan statistik yang dihasilkan oleh
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat
badan berlebihan dan 30% mengalami obesiti iaitu 8.1 juta rakyat Malaysia.
Suatu angka yang begitu besar dan membimbangkan.
Berikut adalah beberapa cara yang boleh digunakan
untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan sihat.
1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan
membuatkan anda lebih cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan
makanan;
2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak
sihat sedikit demi sedikit;
3. Kurangkan makanan yang berlemak. Kurangkan
makanan yang mempunyai gula yang tinggi seperti air bergas, kuih-muih dan
makanan ringan;
4. Jangan makan sehingga lewat malam. Jika anda
tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan
makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum tidur;
5. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu
malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan buah-buahan sebiji epal atau
pisang;
6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu
makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya
menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah
makan 5-7 kali hidangan sederhana sehari;
7. Kawal nafsu dan selera makan anda kerana ia akan membuatkan
anda makan lebih daripada yang sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali
hidangan sederhana untuk mengawal nafsu makan anda;
8. Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda
boleh membeli minuman berprotein dan memakannya di
antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari ke makan malam;
9. Anda boleh makan pil kuruskan badan tetapi dengan syarat anda jaga pemakanan
dengan cara yang betul dan sihat;
10. Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap
kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang selepas balik
kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push
up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan
cara ini, InsyaAllah anda boleh menurunkan berat badan dengan cepat dan sihat.
So macammana??Agak-agak mampu buat tak??Kalau tak mampu buat semua takpe, buat slow-slow step by step. Lama kelamaan InsyaAllah akan biasa..Selamat mencuba!!
So
amacam? Agak-agak mampu buat tak?kalau tak mampu buat semua takpe, buat
slow-slow step by step. Lama kelamaan In Shaa Allah dah biasa. Selamat
mencuba!! - See more at:
http://fuh.my/petua-kuruskan-badan-cara-sihat-dan-betul/#sthash.BcpHtEzA.dpuf
Diana
SID 907229
SMS/CALL : 012-3667030
SMS/CALL/Whatsapp : 018-2129170
Email : mamamiafaiqa@yahoo.com
No comments:
Post a Comment