Showing posts with label Supplement a.k.a makanan tambahan. Show all posts
Showing posts with label Supplement a.k.a makanan tambahan. Show all posts

Tuesday, 10 December 2013

Adakah Makanan Kesihatan Memberi Manfaat?Jom bertukar kepada Shaklee..



Kalau kita ke supermarket atau farmasi, kita akan lihat banyak vitamin dan makanan kesihatan atau pemakanan tambahan yang dipamerkan. Maklumat-maklumat pemakanan yang tercatat di kotak produk tersebut sudah cukup untuk membuat kita pening kepala. Apakah vitamin atau mineral yang tercatat pada kotak-kotak tersebut dapat memberi manfaat kepada kita?

Beberapa kajian menunjukkan vitamin dan mineral tertentu dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 30 hingga 40 peratus malah dapat memperlahankan perkembangan penyakit tersebut. Vitamin juga membantu memperkuatkan sistem imun dan mereka yang mengambil vitamin dan mineral dipercayai mempunyai sistem imun yang lebih kuat. Sekiranya sistem imun kita lemah, kita akan terdedah kepada serangan berbagai-bagai penyakit dari dalam dan luar badan kita.

Jadi, pengambilan makanan kesihatan memberi manfaat kepada kita. Janganlah pula anda tidak menjaga makanan anda dan mengharapkan pemakanan tambahan melakukan keajaiban. Makanan kesihatan dapat membantu mencegah penyakit walaupun anda mungkin memerlukan 6 bulan untuk melihat keberkesanannya. Janganlah itu pula dijadikan alasan untuk tidak mengambilnya. Semakin awal anda bermula, semakin awal keberkesanannya.

Satu lagi cabaran ialah membantu sistem tubuh yang mula menurun. Apabila usia makin meningkat, kecekapan sistem tubuh kita tidak lagi seperti dulu. Sebagai contoh, perut kita tidak mempunyai cukup asid untuk membantu menyerap nutrien dari makanan. Ini bermakna sebanyak 40% dari nutrien dalam makanan tidak dapat diserap membuat kita kekurangan vitamin D, B6, B12, riboflavin, folat dan kalsium. Kebolehan sistem tubuh menyimpan nutrien juga menurun disebabkan oleh peratus lemak tubuh yang meningkat bersama umur.

Walaupun metabolisma membuatkan kita hidup dan sihat, ia juga menghasilkan sisa yang boleh membahayakan tubuh kita. Radikal bebas dan bahan lain yang terhasil dari proses metobolisma boleh merosakkan sel DNA dan membawa kepada banyak kesan umur tua. Kita memerlukan antioksida untuk melindungi diri dari serangan radikal bebas. Namun begitu, semakin meningkat usia, semakin susah untuk kita memperolehinya dari makanan harian. Jesteru kita perlu mengambil vitamin dan mineral tentu untuk memperolehi kesihatan
optimum.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan jumlah vitamin dan mineral yang diambil tidak melebihi had yang ditetapkan. Anda dinasihatkan untuk bertanya kepada doktor mengenai makanan kesihatan yang ingin diambil. Ini disebabkan terdapat beberapa makanan kesihatan yang tidak sesuai diambil bersama ubat-ubatan.

Disenaraikan beberapa tips untuk anda:

Elakkan multi-vitamin dengan formula "time release". Ketika sampai masa untuk hancur, ia mungkin terlalu jauh di dalam perut di mana penyerapan adalah lemah.

Simpan vitamin jauh dari tempat panas dan lembab

Ambil vitamin bersama makanan kerana beberapa nutrien memerlukan lemak untuk berfungi. Jesteru mengambilnya bersama makanan rendah lemak adalah terbaik.

Semak tarikh "baik sebelum". Anda mungkin berjimat dengan membeli dalam kuantiti yang banyak, tetapi sebenarnya akan merugikan jika tidak dihabiskan sebelum tamat tempoh.

Diana
SID 907229 
✆ SMS/Call/Whatsapp : 018-2129170
✆ SMS/Call : 012-3667030
✉ Email : mamamiafaiqa@yahoo.com
Fan page :https://www.facebook.com/pages/Mamamia-Supplement-Shaklee/64766277859671

COD : Putrajaya, Cyberjaya, Salak Tinggi, KLIA, Nilai, dan kawasan sekitar

Pentingkah Supplement Shaklee @ Makanan Tambahan Kepada Kehidupan Harian Kita??



Assalamualaikum...






Pengambilan makanan tambahan (supplement) seakan-akan sudah menjadi gaya hidup kebanyakan wanita pada masa kini. Malahan tidak ketinggalan juga untuk kaum lelaki dan juga kanak-kanak. Sama ada dalam bentuk pil, kapsul, tablet, serbuk, cecair, semua berasaskan sebab yang sama, demi kecergasan, kesihatan atau kecantikan tubuh badan. Bukan sesuatu yang mustahil untuk melihat seseorang  itu mengambil puluhan jenis tablet pada setiap hari.

Tetapi sejauh mana kepentingan pengambilan makanan tambahan begini kepada kita? Secara teorinya, jika anda mengamalkan pemakanan sihat dengan imbangan jadual pemakanan yang betul, cukup protein, lemak dan karbohidrat, anda tidak memerlukan makanan tambahan.

Apatah lagi memang anda seorang individu yang menjalani kehidupan serba pantas, hambatan kerjaya selain faktor sekeliling yang tidak mendorong kepada gaya pemakanan yang sihat, mungkin anda perlu memikirkan untuk mengambil makanan tambahan. Apatah lagi jika anda berhadapan dengan satu daripada senario ini. 


1.Kerap berada dalam keadaan tertekan sama ada kerana kerja, keluarga dan perhubungan. Keadaan ini akan menyebabkan kelenjar adrenal anda berkerja ‘lebih masa’. Keadaan ini akan menyebabkan sakit kepala dan keletihan. Mungkin pengambilan vitamin B kompleks E dan C boleh membantu.

2. Sejarah keluarga yang berhadapan dengan ostreoprosis. Membekalkan tubuh anda dengan mineral yang tersimpan dalam tulang boleh menolong mencegah masalah ini. Apatah lagi bagi wanita yang kerap melahirkan anak, bayi bergantung bekalan kalsiumnya daripada ibu. Justeru pengambilan kalsium, magnesium dan vitamin D mungkin membantu anda menangani osteoprosis.

3. Anda kerap diserang selesema. Sistem imun anda mungkin rendah berbanding orang lain. Dalam keadaan ini tambahkan pengambilan vitamin C dan zink.

4. Jika anda merokok, anda memerlukan lebih vitamin C. Selain itu anda mungkin memerlukan kalsium, magnesium dan vitamin D, kerana merokok juga dikaitkan dengan osteoporosis, tetapi sebaik-baiknya berhentilah merokok.

5. Jika anda berhadapan dengan masalah hormon, anda mungkin memerlukan vitamin B6. tetapi jangan ambil dos yang banyak tanpa rujukan doktor.

6. Anda mengalami masalah tekanan darah rendah. Lebihkan pengambilan zat besi, vitamin C, asid folic dan vitamin B12 juga.

7. Gout- Mungkin anda perlu mengambil vitamin B5 (asid panthothenik)

8. Masalah jantung - Minyak ikan membantu menurunkan tahap kolesterol. Ia juga berfungsi sebagai agen mengurangkan bengkak atau radang. Jika anda tidak mendapat minyak zaitun dalam diet, mungkin anda perlu pertimbangkan mengambil makanan tambahan.

Apapun, adalah penting untuk mendapatkan makanan tambahan yang berkualiti dari segi vitamin dan mineralnya. Jika tidak pasti mungkin boleh merujuk kepada yang pakar seperti doktor.

Saya memilih Shaklee sebagai supplement kerana ianya 100% semulajadi!! Anda pula bagaimana??

Ingin menjadikan Shaklee sebagai supplement a.k.a makanan tambahan anda??        

hubungi saya :)

Diana
SID 907229 
✆ SMS/Call/Whatsapp : 018-2129170
✆ SMS/Call : 012-3667030
✉ Email : mamamiafaiqa@yahoo.com
Fan page :https://www.facebook.com/pages/Mamamia-Supplement-Shaklee/64766277859671

COD : Putrajaya, Cyberjaya, Salak Tinggi, KLIA, Nilai, dan kawasan sekitar