Showing posts with label Set Penyusuan. Show all posts
Showing posts with label Set Penyusuan. Show all posts

Monday, 13 January 2014

Tips Penyusuan Untuk Ibu Menyusu~SET 3M Shaklee bantu tingkatkan penghasilan susu ibu


Dari Sumber Majalah PA&MA Ogos 2008

  1. Penyusuan pertama seelok-eloknya dilakukan secepat mungkin selepas bayi dilahirkan, utk merangsang penghasilan dan pengeluaran susu;
  2. Sebelum menyusukan bayi, ibu haruslah melembutkan payudara degan meletakkan tuala hangat pada payu dara;
  3. Susu badan mengandungi 87.5 peratus air. Oleh itu, banyakkan minum air sekurangnya 6 hingga 8 gelas sehari;
  4. Semakin kerap ibu menyusukan bayinya,  semakin banyak susu dihasilkan;
  5. Ibu yang menyusukan secara eksklusif akan kerap lapar;
  6. Sepanjang tempoh menyusu, bayi akan makan apa saja makanan yang dimakan oleh ibunya. Oleh itu, Ibu harus mengawal mengambilan kafein, gula kerana ia mudah meresap dlm tubuh;
  7. Ibu-ibu digalakkan kerap menyusukan anak pada waktu malam kerana tahap prolaktin tinggi pada ketika itu;
  8. Ibu hendaklah berhati-hati semasa mencuci payudara. Elakkan daripada menyapu sabun pada bahagian aerola dan puting;
  9. Mencuci payudara degan air suam adalah terbaik;
  10. Payudara yangg penuh dan tidak diperah akan menyebabkan bengkak dan rasa tidak selesa;
  11. Bayi yang minum susu ibu secara eksklusif jarang diserang penyakit karana susu ibu mengandungi antibodi yang berupaya melawan penyakit;
  12. Vitamin A, B complex, C dan Asid folik antara vitamin penting perlu semasa menyusukan bayi;
  13. Susu ibu lebih mudah dihadam berbanding susu formula;
  14. Menyusukan bayi degan susu badan akan membantu tubuh ibu kembali ke bentuk asal degan lebih cepat;
  15. Susu ibu berupaya meningkatkan perkembangan otak dan kognitif bayi;
  16. Hormon oxytocin yang terkandung dalam susu ibu membantu mengecutkan rahim;
  17. 80 peratus sel dalam susu ibu terdiri daripada 'makrofaj'. Sel tersebut berfungsi utk membunuh bakteria, fungus dan virus;
  18. Menyusukan bayi dengan susu ibu mengurangkan risiko obesiti dikalangan kanak kanak;
  19. Susu ibu menyediakan nisbah kandungan lemak, karbohidrat, dan protein yang tepat untuk keperluan bayi mengikut tahap umur mereka;
  20. Ibu yang menyusu tidak boleh mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat doktor.
Pemakanan yang diambil oleh seorang ibu, mempengaruhi penghasilan susu yang diperolehi. Set 3M antara supplement yang membantu untuk meningkatkan dan menghasilkan susu untuk si manja dapat makanan yang berkhasiat.



VITALEA (MULTIVITAMIN)~Lengkap dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi.Ada kajian mengatakan, kandungan zat besi dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6 bulan pertama menyusu bayi, dan ibu juga digalakkan menambah ikan bilis (salah satu sumber zat besi) ke dalam makanan pertama si comel. Maka, pengambilan vita-lea iron fortified ini membantu si anak memebesar dengan baik. 

B-COMPLEX~Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang), Membantu meninggikan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan(glukos) kepada tenaga dan membantu ibu2 berfikiran positif sentiasa(mood baik..)...so, bila kurangnya stress dan mood happy, secara automatik penghasilan susu akan lebih lancar. Pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada di dalam badan si ibu. Vitamin B juga dapat melahirkan wajah ibu yang cantik berseri dan tidak kusam. 

VITAMIN C ~Antihistamine semulajadi, meningkatkan antibodi dalam susu ibu. Jika si ibu atau si anak demam, anda hanya perlu tingkatkan pengambilan vit-C ke 2 biji sehari. Mungkin tak perlukan ubat demam. Kadangkala, bila pumping ataupon di gigit oleh anak, puting akan mudah terluka, maka, luka akan cepat baik, selain dari kulit makin bersih, cerah & cantik. 

ALFALFA ~  Raja segala tumbuhan, membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu MEMPERCEPATKAN PENGHASILAN SUSU IBU. Merupakan supplement penting utk boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim. Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan…secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung. 

ESP (ENERGIZING SOY PROTEIN)~Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee ada non GMO soy iaitu soya yang dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi. 

OSTEMATRIX~Shaklee Kalsium-Magnesium yang dilengkapi dengan Vitamin D dan lain-lain. Kalsium sangat penting bukan saja untuk ibu menyusu malah untuk semua wanita, kerana kita mudah mendapat osteoporosis apabila meningkat usia kelak.Bilangan kalsium dalam darah akan berkurangan apabila si ibu di datangi haid. Maka, bagi sesetengah ibu yang mendapati susunya merudum tatkala period, digalakkan untuk mengambil Cal-Mag seminggu sebelum dan sepanjang waktu period.Kepada anda yang mempunyai bayi yang demam kuning (jaundice) di dalam pantang, digalakkan untuk mengambil OsteMatrix ini agar khasiat Vitamin D dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.


Dapatkan set 3m Shaklee dan hubungi saya :)

Diana
✆ SMS/CALL/Whatsapp/Wechat : 018-2129170
✆ SMS/CALL : 012-3667030
✉Email:mamamiafaiqa@yahoo.com
✉FanPage : https://www.facebook.com/pages/Supplement4u/647662778596718


COD : Putrajaya, Cyberjaya, Salak Tinggi, KLIA, Nilai, Enstek, Kotaseriemas dan kawasan sekitar

Saturday, 11 January 2014

Tips Penyususan : Benarkah Bayi Susu Ibu IQ Tinggi??

SUSU ibu adalah anugerah pemakanan yang terbaik untuk setiap bayi. Pakar perubatan mengakui ia tidak boleh ditandingi oleh apa jenis susu formula sekali pun.


Hakikatnya susu ibu mengandungi segala kebaikan yang diperlukan oleh bayi dalam jumlah yang betul iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral.

Menurut Pakar pemakanan dari Universiti California, Dr. J. Bruce German, khasiat susu ibu terlalu banyak berbanding apa juga jenis susu formula.


Antaranya ia mempunyai kolestrum, iaitu cecair berwarna kekuningan yang keluar sebelum susu keluar, yang membantu sistem pencernaan bayi dan menambah baik sistem imunisasi badan bayi. 

“Susu ibu adalah zat makanan paling ideal untuk bayi sekurang-kurangnya bagi tempoh enam bulan pertama. “Ia cukup berkesan memastikan pembesaran sempurna, mengelak jangkitan penyakit, menggalakkan perkembangan kecerdasan anak dan menghindari obesiti serta penyakit,"
 
Bayi yang diberikan susu ibu kurang mengalami alahan, sakit usus, pencernaan dan asma kerana susu ibu juga mempunyai antibodi. Menurut German lagi, susu badan sepatutnya diberi sebaik saja bayi dilahirkan dan perlu diteruskan sehingga bayi berusia enam bulan.
“Situasi ini penting kerana proses penyusuan badan juga dapat mengubah kehidupan wanita bergelar ibu pada kehidupan yang lebih bermakna,” jelasnya.

Beliau yang berpengalaman dalam bidang nutrisi lebih dari 10 tahun memberitahu, selain kelebihan untuk bayi, ibu turut mendapat banyak manfaat daripada penyusuan badan seperti mengurangkan pendarahan selepas bersalin. “Malah sesetengah ibu yang menyusukan badan tidak mengalami putaran haid selagi bayinya menyusu.

“Lebih menarik lagi bagi ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan dapat mengembalikan berat badan seperti sebelum hamil dengan lebih cepat. “Perlu diketahui bahawa setiap wanita akan mengalami penambahan berat badan sekurang-kurangnya 12 kilogram ketika hamil, malah ada juga mengalami sindrom metabolisme seperti obesiti, tekanan darah, penambahan glukosa dan sebagainya. Melalui penyusuan bayi banyak membantu situasi tersebut kembali menjadi normal.

“Jadi menjadi satu kerugian besar apabila wanita yang bergelar ibu tidak menyusukan bayi dengan susu badan hanya kerana percaya dengan tanggapan bahawa ia boleh menjejaskan bentuk badan si ibu,” tegasnya lagi.

Bukan setakat itu saja, menurut German, menyusukan bayi dengan susu badan juga dapat mengurangkan risiko osteoporosis atau kerapuhan tulang pada anak. “Hal ini berlaku, sekiranya ibu menyusukan secara berterusan anak tersebut selama lapan bulan, tulang mereka akan menjadi semakin kuat,” katanya.

Selain itu, menurut kajian yang telah dilakukan bayi yang diberikan susu ibu mempunyai tahap kecerdikan (IQ) yang lebih tinggi dan lebih bijak apabila membesar.

“Justeru bagi ibu bapa yang baru menerima kehadiran cahaya mata, pastikan bayi anda menerima susu ibu khususnya dalam sejam pertama kelahiran bayi. “Ini kerana bayi khususnya yang mengalami kekurangan berat badan, sangat memerlukan kolestrum iaitu nutrien penting yang terdapat dalam susu ibu,” katanya.

sumber : utasan malaysia online 

ÖSharing is caring

Banyakkan kelebihan dan khasiat  memberi anak kita susu ibu. Bagi ibu-ibu yang mempunyai masalah penyusuan dan ingin medapatkan supplement untuk meningkatkan penghasilan susu ibu, hubungi saya, InsyaALLAH saya sedia membantu.

Diana
✆ SMS/CALL/Whatsapp/Wechat : 018-2129170
✆ SMS/CALL : 012-3667030
✉Email:mamamiafaiqa@yahoo.com
✉FanPage : https://www.facebook.com/pages/Supplement4u/647662778596718


COD : Putrajaya, Cyberjaya, Salak Tinggi, KLIA, Nilai, Enstek, Kotaseriemas dan kawasan sekitar

Tuesday, 7 January 2014

Makanan Penambah Susu Ibu

 
Antara Jenis Makanan Penambah Susu 


Meskipun dalam set penyusuan terdapat pil alfalfa, tetapi tidak salah kalau nak makan daun alfalfa. Tapi kat Malaysia ni  biasa orang jual daun alfalfa untuk haiwan ternakan (alfalfa sangat bagus untuk binatang ternakan!). Kalau kat supermarket yang ada ‘alfalfa sprout’ atau yang jenis cambah tu.

Halba atau juga dikenali sebagai fenugreek merupakan milk booster yang agak terkenal di kalangan ibu-ibu di negara kita. Halba biasanya digunakan dalam masakan.  Ada juga halba dihasilkan dalam bentuk pil.

Keju yang tinggi kandungan zat, sama seperti susu membekalkan protein, kalsium dan vitamin serta mineral perlu. Keju seperti juga susu dan produk tenusu lain, ia mudah diserap oleh tubuh. Jadi tidak hairan kalau lepas makan keju, terasa ‘berat’
 saja kilang susunya 

Jintan ni sama dengan halba di atas, biasanya digunakan dalam masakan. Jadi tak hairanlah kalau lepas makan kari, kilang susu rasa penuh saja  



Sayuran hijau seperti kucai, sawi, dan sebagainya membekalkan vitamin B perlu terutama asid folik yang penting dalam penyusuan susu ibu.


Tempe yang dibuat dari kacang soya adalah tinggi kandungan protein. Ia bukan saja membantu membanyakan, malah memekatkan susu.

Kurma membekalkan kalori segera, amat sesuai untuk ibu menyusu kerana ibu menyusu memerluka extra kalori.

Khasiat susu tidak dapat dinafikan lagi. Ibu perlu minum susu untuk menghasilkan susu untuk simanja. Mungkin ideal kerana bukan sahaja memberi kebaikan kepada susu ibu, malah juga menjaga tubuh ibu dengan membekalkan protin, kalsium dan berbagai jenis vitamin dan galian perlu.


Lobak putih mengandungi vitamin C melebihi buah-buahan, serta serat yang tinggi. Kedua-duanya membantu dalam penghasilan susu ibu, dan juga memperbaiki sistem imuniti tubuh ibu.

Dan banyak lagi makanan yang boleh membantu dalam menambah susu ibu. Walau bagaimana pun, semua usaha harus disertai dengan ilmu pengetahun dalam bidang penyusuan. 

AMALAN WAJIB
KERAP MENGEPAM – setiap hari sekurang-kurangnya 2-3 jam sekali, terutama ketika bayi tiada bersama. Jangan stress bila susu dh kurang. masa tengah mengepam, rehat jap, minum air suam. Mengepam ni perlukan kesabaran, apalagi mengepam sorang-sorang. Stress campur malas susu pun kurang.
DOA - Doa membanyakkan susu ibu:

credit to master cery
ÖSharing is caring

Diana
✆ SMS/CALL/Whatsapp/Wechat : 018-2129170
✆ SMS/CALL : 012-3667030
✉Email:mamamiafaiqa@yahoo.com
✉FanPage : https://www.facebook.com/pages/Supplement4u/647662778596718


COD : Putrajaya, Cyberjaya, Salak Tinggi, KLIA, Nilai, Enstek, Kotaseriemas dan kawasan sekitar