Tuesday 7 January 2014

Makanan Penambah Susu Ibu

 
Antara Jenis Makanan Penambah Susu 


Meskipun dalam set penyusuan terdapat pil alfalfa, tetapi tidak salah kalau nak makan daun alfalfa. Tapi kat Malaysia ni  biasa orang jual daun alfalfa untuk haiwan ternakan (alfalfa sangat bagus untuk binatang ternakan!). Kalau kat supermarket yang ada ‘alfalfa sprout’ atau yang jenis cambah tu.

Halba atau juga dikenali sebagai fenugreek merupakan milk booster yang agak terkenal di kalangan ibu-ibu di negara kita. Halba biasanya digunakan dalam masakan.  Ada juga halba dihasilkan dalam bentuk pil.

Keju yang tinggi kandungan zat, sama seperti susu membekalkan protein, kalsium dan vitamin serta mineral perlu. Keju seperti juga susu dan produk tenusu lain, ia mudah diserap oleh tubuh. Jadi tidak hairan kalau lepas makan keju, terasa ‘berat’
 saja kilang susunya 

Jintan ni sama dengan halba di atas, biasanya digunakan dalam masakan. Jadi tak hairanlah kalau lepas makan kari, kilang susu rasa penuh saja  



Sayuran hijau seperti kucai, sawi, dan sebagainya membekalkan vitamin B perlu terutama asid folik yang penting dalam penyusuan susu ibu.


Tempe yang dibuat dari kacang soya adalah tinggi kandungan protein. Ia bukan saja membantu membanyakan, malah memekatkan susu.

Kurma membekalkan kalori segera, amat sesuai untuk ibu menyusu kerana ibu menyusu memerluka extra kalori.

Khasiat susu tidak dapat dinafikan lagi. Ibu perlu minum susu untuk menghasilkan susu untuk simanja. Mungkin ideal kerana bukan sahaja memberi kebaikan kepada susu ibu, malah juga menjaga tubuh ibu dengan membekalkan protin, kalsium dan berbagai jenis vitamin dan galian perlu.


Lobak putih mengandungi vitamin C melebihi buah-buahan, serta serat yang tinggi. Kedua-duanya membantu dalam penghasilan susu ibu, dan juga memperbaiki sistem imuniti tubuh ibu.

Dan banyak lagi makanan yang boleh membantu dalam menambah susu ibu. Walau bagaimana pun, semua usaha harus disertai dengan ilmu pengetahun dalam bidang penyusuan. 

AMALAN WAJIB
KERAP MENGEPAM – setiap hari sekurang-kurangnya 2-3 jam sekali, terutama ketika bayi tiada bersama. Jangan stress bila susu dh kurang. masa tengah mengepam, rehat jap, minum air suam. Mengepam ni perlukan kesabaran, apalagi mengepam sorang-sorang. Stress campur malas susu pun kurang.
DOA - Doa membanyakkan susu ibu:

credit to master cery
ÖSharing is caring

Diana
✆ SMS/CALL/Whatsapp/Wechat : 018-2129170
✆ SMS/CALL : 012-3667030
✉Email:mamamiafaiqa@yahoo.com
✉FanPage : https://www.facebook.com/pages/Supplement4u/647662778596718


COD : Putrajaya, Cyberjaya, Salak Tinggi, KLIA, Nilai, Enstek, Kotaseriemas dan kawasan sekitar

No comments:

Post a Comment