Showing posts with label set kurus. Show all posts
Showing posts with label set kurus. Show all posts

Sunday, 26 January 2014

Sarapan pagi dengan Cinch Shake Shaklee



Cinch Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

Setiap kali anda menikmati Cinch Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda.

Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut


Mengandungi Cinch Pro iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina

Diperkaya dengan Leucine untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan

Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang

Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian

Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga

Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting

Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan

Soya bukan GMO.
 
Diana
✆ SMS/CALL/Whatsapp/Wechat : 018-2129170
✆ SMS/CALL : 012-3667030
✉Email:mamamiafaiqa@yahoo.com
✉FanPage : https://www.facebook.com/pages/Supplement4u/647662778596718


COD : Putrajaya, Cyberjaya, Salak Tinggi, KLIA, Nilai, Enstek, Kotaseriemas dan kawasan sekitar

Wednesday, 4 September 2013

Ibu Menyusu~Tips Dapatkan Berat Badan Ideal Selepas Bersalin


Masalah berat badan dan bentuk badan berubah selepas melahirkan anak adalah perkara biasa dan amat risau di kalangan semua kaum-kaum ibu. Bagaimanakah anda ingin  mengurangkan berat badan dengan sihat selepas bersalin?


Tidak semua wanita bertuah mendapat kembali berat dan bentuk badan asal mereka. Sebelum membuat keputusan untuk mengikuti sebarang proses diet bagi mengembalikan semula badan yang kurus, langsing dan cergas, fahami terlebih dahulu apa yang boleh dan tidak boleh di lakukan.

Sebaiknya tunggulah lebih kurang enam minggu selepas melahirkan bayi sebelum anda berfikir mengenai proses menguruskan badan. Ingatlah bahawa perubahan bentuk badan tetap berlaku sepanjang kehamilan.

Justeru kebanyakan wanita menghadapi kesukaran untuk kembali kepada berat badan sebelum hamil. Namun ia bukanlah satu yang mustahil asalkan anda berdisiplin dan bercita-cita tinggi untuk mencapai impian tersebut.

Tempoh kehamilan selama sembilan bulan dicampur dengan proses kelahiran bayi yang memenatkan pasti memerlukan seorang ibu memulihkan kembali tenaga yang hilang. Oleh itu jangan terus lakukan sebarang senaman berat seperti yang biasa anda lakukan ketika sebelum hamil.

Pelu diketahui badan anda masih dalam tempoh pemulihan. Ada boleh memulakan dengan membuat beberapa senaman ringan sebagai pemanas badan. Antara yang mudah dilakukan seperti berjalan, senaman lantai pelvis dan regangan. Ia perlu dilaksanakan apabila badan memberi isyarat sudah bersedia untuk melakukannya.

Diet yang berkhasiat dan pelbagai akan mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin, dan membantu anda bersedia menghadapi cabaran sebagai seorang ibu. Samada anda memberi bayi anda susu badan atau susu formula, anda harus mensasarkan untuk mengamalkan diet yang sihat.

Dapatkan garis panduan yang diiktiraf pakar diet dalam membantu anda mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat :

☼ Jangan abaikan sarapan pagi;

☼ Makan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari;

☼ Masukkan menu makanan berserat tinggi seperti oat, kekacang, lentil, bijirin dan biji-bijian dalam diet anda;

☼ Pastikan hidangan makanan anda mengandungi makanan berkanji seperti roti, nasi dan pasta (lebih baik jika bijian penuh untuk menambah serat);

☼ Kurangkan makanan bergoreng, makanan segera, konfeksi, kek dan minuman bergas, yang mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi; dan

☼ Kawal saiz hidangan pada waktu makan dan jenis snek serta kekerapan anda mengambilnya di antara waktu makan.

Berusahalah tanpa jemu dan jangan berputus asa. Biarpun sukar untuk mengurangkan berat badan selepas bersalin, tetapi penting bagi anda untuk melakukannya. Tetapi ingatlah perlu menjaga kesihatan dan jangan secara drastik.

Benarkah menyusukan bayi boleh kurus?


Sebelum memikirkan tentang badan yang boleh kurus dengan menyusukan bayi, penting untuk diketahui bahawa apabila menyusu, badan ibu memerlukan tenaga untuk menghasilkan susu.

Sebanyak 300 hingga 500 kalori diperlukan oleh tubuh badan si ibu yang menyusu bayi.

Walau bagaimanapun, sebilangan tenaga tambahan yang diperlukan ini akan diperolehi daripada simpanan lemak sedia ada.

Ini bermakna, menyusu badan boleh membantu anda mengurangkan berat badan. Ini adalah cara yang selamat untuk mengurangkan berat badan dan ia tidak mengganggu kualiti atau bekalan susu anda.



Bilakah saya boleh dapat kembali berat badan normal?


Amalan pemakanan berkhasiat sepatutnya menjadi amalan setiap wanita tidak kira sebelum hamil mahu pun sepanjang kehamilan. Hakikatnya anda mungkin perlu beberapa bulan sahaja untuk mengembalikan kesemua nutrien yang telah digunakan oleh bayi anda untuk membesar dan berkembang.

Namun demikian, sekiranya anda mengalami situasi di luar kawalan sepanjang kehamilan seperti mabuk kehamilan, alah dengan sesuatu makanan atau lain-lain masalah menyebabkan amalan pemakanan menjadi tidak teratur, maka proses mengembalikan berat badan asal mengambil masa yang lama, sekitar setahun atau lebih.

Sebenarnya tidak perlu terlalu stres memikirkan apa kata orang tentang bentuk badan yang sudah berubah. Lalui ia dengan tenang kerana ingatlah, anda anda baru sahaja menyelesaikan tugasan berat yang mengambil segala tenaga dan nutrisi daripada badan anda.

Asalkan anda mengamalkan pemakanan sihat dan berkhasiat, bersenam, menyusukan bayi dan menikmati pengalaman bergelar ibu dengan gembira secara automatik anda memberi masa kepada tubuh badan untuk kembali kepada bentuk badan asal secara sihat.


Diana
SID 907229
SMS/CALL : 012-3667030
SMS/CALL/Whatsapp : 018-2129170
Email : mamamiafaiqa@yahoo.com

Tips Kuruskan Badan Secara Sihat

Assalamualaikum..
Kali ni saya ingin kongsikan bagaimana cara untuk kuruskan badan/turunkan berat badan dengan cepat dan sihat. Kebanyakan rakyat Malaysia telah mencapai tahap obesiti yang melampau dan berat badan yang berlebihan.

Berdasarkan statistik yang dihasilkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan berlebihan dan 30% mengalami obesiti iaitu 8.1 juta rakyat Malaysia. Suatu angka yang begitu besar dan membimbangkan.







Berikut adalah beberapa cara yang boleh digunakan untuk menurunkan berat badan dengan cepat dan sihat.

1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda lebih cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan;

2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit; 

3. Kurangkan makanan yang berlemak. Kurangkan makanan yang mempunyai gula yang tinggi seperti air bergas, kuih-muih dan makanan ringan;

4. Jangan makan sehingga lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum tidur; 

5. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan buah-buahan  sebiji epal atau pisang;

6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 kali hidangan sederhana sehari;

7. Kawal nafsu dan selera makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih daripada yang  sepatutnya. Inilah sebabnya anda perlu makan 5-7 kali hidangan sederhana untuk mengawal nafsu makan anda;

8. Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli minuman berprotein  dan memakannya di antara hidangan dua kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari ke makan malam;

9. Anda boleh makan pil kuruskan badan tetapi dengan syarat anda jaga pemakanan dengan cara yang betul dan sihat;

10. Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang  selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, InsyaAllah anda boleh menurunkan berat badan dengan cepat dan sihat. 

So macammana??Agak-agak mampu buat tak??Kalau tak mampu buat semua takpe, buat slow-slow step by step. Lama kelamaan InsyaAllah akan biasa..Selamat mencuba!!


So amacam? Agak-agak mampu buat tak?kalau tak mampu buat semua takpe, buat slow-slow step by step. Lama kelamaan In Shaa Allah dah biasa. Selamat mencuba!! - See more at: http://fuh.my/petua-kuruskan-badan-cara-sihat-dan-betul/#sthash.BcpHtEzA.dpuf
Diana
SID 907229
SMS/CALL : 012-3667030
SMS/CALL/Whatsapp : 018-2129170
Email : mamamiafaiqa@yahoo.com

Tuesday, 13 August 2013

Cantik Dan Sihat Dengan Set Kurus Shaklee

Assalamualaikum...

Harini sudah 6 hari kita menyambut hari raya Aidilfitri..Ramai yang update BERAT BADAN DAN NAIK..Alamak!!Mana tak nya, makan tak henti-henti. Sanak saudara, sahabat handai menjamu macam-macam hidangan. Air manis la, air gas la, kurang minum air masak. Tapi jangan risau, bagi yang susah hati berat badan naik tu, shaklee boleh membantu, InsyaAllah.

Jom kembalikan bentuk badan anda bukan hanya untuk kelihatan cantik bergaya, tapi yang paling penting untuk kesihatan berpanjangan. 

Supplement-supplement yang dicadangkan bukan sahaja untuk menguruskan badan, tetapi untuk program pengurusan berat badan dengan yang cara yang sihat. Di samping dapat mengurangkan saiz, kesihatan optimum juga dapat dicapai. Ditekankan supaya diet yang sihat perlu pengambilan makanan yang betul.

3 LANGKAH PENGURUSAN BERAT BADAN SHAKLEE

LANGKAH 1 : DETOX

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Apabila dinding usus dibersihkan, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap yang optimum.

Cadangan vitamin adalah seperti berikut :

a) Herb-Lax
b) Alfalfa



Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Saya lebih suka amalkan alfalfa kerana ia boleh diambil setiap hari berbanding herblax. Memandangkan saya masih menyusukan bayi, tidak digalakkan mengambil herblax. Alfalfa juga sangat baik untuk mereka yang mengalami masalah keputihan dan allergik.


Herb-lax pula sangat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Tidak digalakkan Herb-lax diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit birit kepada anak. Ramai di kalangan remaja mencuba herblax dan permintaan yang sangat tinggi. Sekejap je dah sold out.

LANGKAH 2 : MEMECAHKAN LEMAK

Cadangan vitamin adalah seperti berikut :

a) Lecithin
b) Omega Guard



Lecithin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran. Lecithin tidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.


Omega Guard juga dapat mengawal obesiti, merendahkan kolesterol bagi fungsi pengurusan berat badan. EPA dan HDA di dalam omega boleh merendahkan lemak dalam darah.

LANGKAH 3 : MEMBINA OTOT DENGAN PROTEIN

Cadangan vitamin adalah seperti berikut :

a) ESP
b) Cinch Shake
Kenapa perlu mengambil protein? Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan, pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

TIPS PENTING :)
Program pengurusan berat badan adalah berbeza dengan diet yang extreme. Walau apa jua cara, pastikan pemakanan yang betul dan sihat, kurangkan karbohidrat dan lebihkan pengambilan protein dan pengambilan air yang mencukupi sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Senaman dan pemakanan yang disiplin juga perlu dipatuhi dan diamalkan.

Diana
SID 907229
SMS/CALL : 012-3667030
SMS/CALL/Whatsapp : 018-2129170
Email : mamamiafaiqa@yahoo.com