Tuesday 13 August 2013

Cantik Dan Sihat Dengan Set Kurus Shaklee

Assalamualaikum...

Harini sudah 6 hari kita menyambut hari raya Aidilfitri..Ramai yang update BERAT BADAN DAN NAIK..Alamak!!Mana tak nya, makan tak henti-henti. Sanak saudara, sahabat handai menjamu macam-macam hidangan. Air manis la, air gas la, kurang minum air masak. Tapi jangan risau, bagi yang susah hati berat badan naik tu, shaklee boleh membantu, InsyaAllah.

Jom kembalikan bentuk badan anda bukan hanya untuk kelihatan cantik bergaya, tapi yang paling penting untuk kesihatan berpanjangan. 

Supplement-supplement yang dicadangkan bukan sahaja untuk menguruskan badan, tetapi untuk program pengurusan berat badan dengan yang cara yang sihat. Di samping dapat mengurangkan saiz, kesihatan optimum juga dapat dicapai. Ditekankan supaya diet yang sihat perlu pengambilan makanan yang betul.

3 LANGKAH PENGURUSAN BERAT BADAN SHAKLEE

LANGKAH 1 : DETOX

Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Apabila dinding usus dibersihkan, barulah badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap yang optimum.

Cadangan vitamin adalah seperti berikut :

a) Herb-Lax
b) Alfalfa



Bagi mereka yang tidak mengalami masalah sembelit boleh cuba Alfalfa. Saya lebih suka amalkan alfalfa kerana ia boleh diambil setiap hari berbanding herblax. Memandangkan saya masih menyusukan bayi, tidak digalakkan mengambil herblax. Alfalfa juga sangat baik untuk mereka yang mengalami masalah keputihan dan allergik.


Herb-lax pula sangat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah sembelit. Tidak digalakkan Herb-lax diambil oleh ibu-ibu yang menyusu kerana bimbang akan memberi kesan cirit birit kepada anak. Ramai di kalangan remaja mencuba herblax dan permintaan yang sangat tinggi. Sekejap je dah sold out.

LANGKAH 2 : MEMECAHKAN LEMAK

Cadangan vitamin adalah seperti berikut :

a) Lecithin
b) Omega Guard



Lecithin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, dalam perkataan ringkasnya, ia menyebabkan lemak tu terapung di dalam darah, dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran. Lecithin tidak boleh dihasilkan oleh badan tetapi ianya sangat diperlukan oleh badan.


Omega Guard juga dapat mengawal obesiti, merendahkan kolesterol bagi fungsi pengurusan berat badan. EPA dan HDA di dalam omega boleh merendahkan lemak dalam darah.

LANGKAH 3 : MEMBINA OTOT DENGAN PROTEIN

Cadangan vitamin adalah seperti berikut :

a) ESP
b) Cinch Shake
Kenapa perlu mengambil protein? Kerana apabila lemak diuraikan daripada badan, otot diperlukan untuk menggantikan ruangan yang kosong itu bagi mengelakkan kulit kelihatan tidak bermaya, lembik dan kusam. Bagi anda yang sedang dalam proses mengawal berat badan, pastikan protein terkandung dalam setiap makanan anda. Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

TIPS PENTING :)
Program pengurusan berat badan adalah berbeza dengan diet yang extreme. Walau apa jua cara, pastikan pemakanan yang betul dan sihat, kurangkan karbohidrat dan lebihkan pengambilan protein dan pengambilan air yang mencukupi sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Senaman dan pemakanan yang disiplin juga perlu dipatuhi dan diamalkan.

Diana
SID 907229
SMS/CALL : 012-3667030
SMS/CALL/Whatsapp : 018-2129170
Email : mamamiafaiqa@yahoo.com

No comments:

Post a Comment