Showing posts with label Set Kesuburan. Show all posts
Showing posts with label Set Kesuburan. Show all posts

Wednesday, 3 July 2013

Berjaya Hamil Dengan Shaklee~Alhamdulillah, Syukur

Assalamualaikum... 

Hati mana tidak gembira apabila mendapat  perkhabaran  HAMIL....

  • Isteri gembira dapat memberi zuriat buat SUAMI;
  • Suami gembira dapat menambahkan khalifah dibumi ALLAH;
  • Nenek@Atuk gembira bakal mendapat CUCU meriahkan rumah;
  • Abang/Kakak gembira bakal dapat ADIK untuk diajak bermain;
  • Semua gembira....

Alhamdulillah

Bagi yang belum atau lambat di kurniakan zuriat, pertama sekali saya ingin  ingatkan bahawa kita hanya berusaha, Ikhtiar, Doa dan Bertawakkal kepada Allah SWT. InsyaAllah DIA lebih mengetahui apa yang TERBAIK untuk kita.

Untuk pasangan beragama Islam yang sedang merancang untuk mendapatkan zuriat, disamping ikhtiar kita mengambil supplement untuk kesihatan dalaman, sedikit amalan yang boleh diamalkan.

Ya Musowwiru – membawa maksud Yang Menciptakan Segala bentuk dan Rupa. Asmaul Husna ini amat berkhasiat bagi pasangan suami isteri yang sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata. Berikut adalah amalan yang perlu anda lakukan dan amalkan :
  • Isteri hendaklah berpuasa 7 hari, mulai hari Ahad sehinggalah hari Sabtu. Setiap kali berbuka puasa, ambil segelas air masak, bacakan Ya Musowwiru sebanyak 21 kali, tiupkan ke dalam gelas tersebut. Air itu kemudian diminum untuk berbuka puasa; 
  • Suami pula harus berpuasa 3 hari, dan setiap kali ingin bersetubuh dengan isteri, bacalah Ya Musowirru sebanyak 10 kali.

Di bawah ini ingin saya kongsikan beberapa testimoni yang sudah berjaya hamil dengan Shaklee..Alhamdullilah, SYUKUR :)

1-B Complex dan GLA Complex
2- GLA Complex
3- Alfalfa

4- ESP dan B Complex

5-  GLA Complex
6- GLA Complex

Bagi yang sudah mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan zuriat atau ingin menambah zuriat, jangan pernah letih berusaha dan berputus asa. Allah SWT  lebih mengetahui apa yang TERBAIK untuk kita.

Berminat untuk mencuba dengan supplement Shaklee?? Hubungi saya :)


Diana
SID 907229
SMS/Call : 012-3667030
SMS/Call/Whatsapp : 018-2129170
Email : mamamiafaiqa@yahoo.com

Cadangan Set Kesuburan Shaklee



Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pasti mengimpikan untuk memiliki cahaya mata.  Namun begitu, tidak semua pasangan yang berpeluang untuk memilikinya.  Sebagai orang Islam, kita wajib akur dengan ketentuan Allah, kerana rezeki anak itu Allah yang tentukan.  Namun begitu, jauh di sudut hati terselit juga perasaan rendah diri, kecewa dan sebagainya.  Tambahan lagi jika terdapat desakan atau kata-kata sindiran dari orang sekeliling.  Saya pun pelik, kenapa orang perlu mencemuh jika sesetengah pasangan itu tidak memiliki cahaya mata setelah bertahun-tahun berkahwin? Sedangkan ianya adalah ketentuan Allah, bukannya manusia.


Zaman sekarang ni, pelbagai rawatan boleh dilakukan sama ada secara moden atau tradisional.  Antaranya urutan, ubat-ubatan seperti Clomid, IUI, IVF, Suplemen dsb.  Ini semua adalah salah satu usaha.  Walaupun kita sedia maklum bahawa rezeki itu ketentuan Allah, tetapi kita tetap perlu berusaha dan ikhtiar juga selain Berdoa dan Bertawakal.


Suplement juga merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan kesuburan. Ia bertindak untuk menampung kekurangan nutrien yang tidak diperolehi dari diet harian, mengurangkan stress, membetulkan hormon, dan sebagainya.  Antara vitamin yang bagus diambil adalah seperti Multivitamin, Protein, B-Complex, Vitamin E, Zinc dan sebagainya.

Cadangan Supplement Shaklee untuk kesuburan adalah seperti berikut : 

Vitamin Asas (makan bersama-sama suami & isteri)
  • ESP (Soy Protein), 
  • Vitalea (Multivitamin with Iron Formula)
  • B Complex (with folic acid)
  • Vitamin C
Tambahan untuk isteri
  • GLA Complex 
  •  Alfalfa
Tambahan untuk suami
  • Vitamin E (with selenium)
  • Zinc
Walau bagaimanapun, Vitamin bukanlah ubat kesuburan.  Ia hanya makanan tambahan yang menampung keperluan nutrien di dalam badan.  Oleh yang demikian, mengambil vitamin perlulah konsisten.  

** Hubungi saya untuk mendapatkan cadangan vitamin yang paling bersesuaian dengan budget anda **

Ingin  dapatkan set kesuburan shaklee???Hubungi saya :)

Diana
SID 907229
SMS/Call : 012-3667030
SMS/Call/Whatsapp : 018-2129170
Email : mamamiafaiqa@yahoo.com