Saturday 8 June 2013

Kenapa Kanak-Kanak Perlukan Asid Lemak Omega-3??

1) Meningkatkan daya fokus

Satu kajian mendapati bahawa kanak-kanak yang ibunya mempunyai paras kandungan DHA yang tinggi ketika melahirkannya, mempunyai daya fokus yang jauh lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang ibunya mempunyai paras DHA yang rendah ketika bersalin

2)Ia membuatkan mereka lebih bijak.
Sejak tahun 80-an lagi, banyak kajian mendapati peningkatan yang ketara pada perkembangan kognitif anak-anak yang mendapat DHA secukupnya sama ada melalui susu formula (bagi yang tidak menyusu badan), susu ibu ataupun pemakanan. Satu lagi hasil kajian pada tahun 2003 dalam jurnal Peadiatrics mendapati bahawa ibu-ibu yang mengambil supplemen Omega-3 ketika hamil dan sepanjang tempoh penyusuan susu ibu, telah dapat membantu meningkatkan  kebolehan kognitif anak-anak mereka pada umur 4 tahun. Kajian pada tahun 2005 pula mendapati kanak-kanak sekolah yang diberikan supplemen Omega-3 telah menunjukkan peningkatan skor bagi membaca dan mengeja.

Pertumbuhan otak kanak-kanak adalah sangat pesat ketika di dalam kandungan serta ia akan terus membesar dengan pantas hingga tiga kali ganda saiznya tempoh setahun pertama kehidupan mereka. Oleh itu penting untuk mereka mendapatkan DHA secukupnya. Bagi bayi dalam kandungan, ia mendapatkan DHA daripada makanan si ibu, begitu juga bayi yang masih menyusu secara eksklusif atau pun sepenuhnya. Dan bagi yang sudah diperkenalkan makanan pejal, kita sudah boleh mula memperkenalkannya dengan ikan dan sumber asid lemak Omega-3 yang lain.

3) Memperbaiki penglihatan.

DHA didapati membantu mempertajamkan daya penglihatan pada bayi.

4) Meningkatkan sistem imun tubuh.
Asid lemak yang hebat ini juga dikaitkan dengan peningkatan sistem pertahanan dalam tubuh. Dalam satu kajian terhadap kanak-kanak di Denmark, berbanding kumpulan yang hanya minum susu lembu atau formula biasa, kanak-kanak yang minum susu formula yang ditambah dengan Minyak Ikan didapati mempunyai paras yang lebih tinggi bagi sejenis protein penting kepada fungsi sistem imun.

5) Meningkatkan “mood”.

Hasil kajian menunjukkan golongan dewasa yang mengambil lebih Omega-3 mempunyai kadar “mood disorder” (gangguan mood) yang lebih rendah, dan wanita hamil yang makan ikan kaya dengan asid lemak Omega-3 ini juga kurang mengalami masalah kemurungan selepas bersalin (postpartum depression).
Mengapa? Omega-3 dipercayai mempunyai fungsi meningkatkan “hormon gembira” seperti dopamine dan serotonin (iaitu  neurotransmitter di dalam otak yang juga sering menjadi target dalam pemberian preskripsi ubat-ubatan anti-kemurungan (antidepressants)

6) Mencegah ekzema.
Asid lemak Omega-3 boleh mengurangkan  keradangan/inflamasi di seluruh bahagian badan termasuk bahagian kulit. Satu kajian daripada Sweden menyatakan bahawa memberikan sedikit salmon ataupun tuna di dalam makanan bayi sebelum mencecah umur 9 bulan mungkin boleh membantu melindunginya daripada mendapat alahan kulit.

Semestinya Minyak Ikan TERBAIK dunia oleh Shaklee!! Berita baiknya, ia sudah boleh mula  diambil apabila anak mencecah umur setahun. Omega Guard juga sangat membantu sekiranya anak anda sering selsema, batuk berkahak mahupun mempunyai asthma.

Dan untuk memastikan bayi di dalam kandungan juga turut mendapat manfaat DHA tadi, kami sangat galakkan ibu-ibu yang sedang hamiluntuk mula mengambil Omega Guard sebiji sehari apabila mula masuk ke Trimester Kedua. Begitu juga dengan ibu menyusukan anak, dengan mengambil Omega Guard ini, anda dapat menyalurkan khasiat dan manfaat DHA tersebut kepada anak melalui susu ibu. Maklumlah, kadang-kadang ada kekangan untuk mendapatkan ikan ataupun sumber DHA yang lain. Sekurang-kurangnya dapatlah kita berikan asid lemak yang penting ini untuk si kecil kita kan :)

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan OmegaGuard ini untuk kesihatan anak-anak, boleh dapatkannya segera dengan menghubungi saya. 

Diana
SID 907229
SMS/Call : 012-3667030
Whatsapp : 018-2129170
Email : mamamiafaiqa@yahoo.com

No comments:

Post a Comment