Wednesday 1 May 2013

Sihat, Cergas Dan Bertenaga Berpantang/Bersalin Dengan Set Shaklee

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Ramai bakal ibu-ibu yang akan melalui tempoh berpantang  selama 44hari mula terfikir-fikir dan buntu untuk mencari apakah produk yang sesuai yang perlu di ambil dalam tempoh berpantang nanti. Menjaga kesihatan ibu semasa dalam pantang adalah amat penting bagi memastikan kita pulih sedia kala, sihat, cergas, ceria dan bertenaga membesarkan anak, menguruskan suami dan juga untuk diri sendiri. Di samping menjaga kesihatan ibu, pemakanan yang sihat perlu juga dititik berat terhadap si kecil. Adalah penting apa yang ibu makan akan di salurkan kepada si kecil melalui penyusuan ibu dan memastikan ibu memilih produk atau supplement yang selamat dan semulajadi.

Set Berpantang Shaklee telah terbukti selamat dan terjamin untuk kedua-dua ibu dan bayi. Set ini boleh dimakan sejurus selepas bersalin kerana ianya adalah vitamin semulajadi. Tidak memudaratkan malah memberikan kesihatan dan nutrisi yang baik untuk ibu dan bayi.

 
Fungsi dan Khasiat  Set Berpantang Shaklee: 

B Complex
  • Membantu menstabilkan hormon badan;
  • Kekurangan B complex, boleh menyebabkan ibu dalam pantang mengalami gangguan emosi dan membantu mengelakkan meroyan;
  • Membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang;
  • Menukarkan makanan kepada bentuk tenaga
Vitamin C
  • Membantu pembentukan kolagen
  • Ia melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan dan demi memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara  konsisten;
  • Mempercepatkan penyembuhan luka jahitan;
  • Memperbaiki tisu sel yg rosak semasa bersalin;
  • Membantu mencantikkan kulit dan memudarkan stretch marks.
Vitalea
  • Sangat penting untuk memulihkan tenaga ibu dan pembentukan sel darah merah yang baru mengantikan yang telah hilang semasa bersalin;
  • Multivitamin yang dilengkapi dengan zat besi, kekurangan zat besi boleh menyebabkan ibu pucat, letih dan lesu serta tidak bermaya;
  • Membekalkan zat mineral penting supaya badan sepat sihat dan cergas;
  • Juga baik untik kesihatan secara menyeluruh.
Zinc Complex
  • Penting untuk membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka di dalam (untuk rahim);
  • Ia juga membantu mengatasi masalah keguguran rambut selepas bersalin;
  • Membantu masalah "kedinginan" di dalam pantang.
Ibu yang mengambil set asas pantang ini juga biasanya akan add on: 

ESP
  • Menggalakkan dan melancarkan penghasilan susu ibu
  • Membantu mencantikkan kulit ibu dan bayi kerana menghasilkan sel kulit baru yang sihat
  • Memberi tenaga kepada ibu agar kekal cergas

Ostematrix
  • Membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  
  • Mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. 
  • Membantu dalam masalah sembelit ibu semasa berpantang;
  • Menggalakkan penghasilan susu;
  • Membantu menghilangkan kebas, sakit belakang, sakit pinggang dan keletihan melampau;
  • Membantu si ibu kekal cergas dan bertenaga. 
      

    Kelebihan Set Berpantang Shaklee: 

    • Boleh terus diambil walaupun anak ada juandis (kuning);
    • Sesuai untuk ibu yang bersalin secara normal ataupun pembedahan;
    •  Dapat membantu ibu mengurangkan stress;
    • Dapat membantu ibu memberikan tenaga sepanjang tempoh bersalin.

    Untuk mendapatkan set berpantang secara semulajadi Shaklee hubungi :

    Diana
    SID 907229

    SMS/Call : 012-366 7030
    Whatsapp : 018-212 9170
    E-mail : mamamiafaiqa@yahoo.com

    COD : Putrajaya, Cyberjaya, Salak Tinggi, KLIA, Nilai, Seremban dan kawasan sekitar..  

No comments:

Post a Comment