Wednesday 1 May 2013

Set Hamil Shaklee-Membantu Si Ibu Kekal Sihat & Cergas

Assalamualaikum...


harini saya nak share sikit mengenai set kehamilan shaklee yang meletup-letup dan sememangnya menjadi pilihan ramai ibu-ibu hamil yang inginkan sesuatu yang terbaik untuk bayi dalam kandungan dan juga untuk sentiasa cergas semasa kehamilan. Ibu hamil perlu mengambil pemakanan yang seimbang dan vitamin yang mencukupi bagi memastikan badan yang sihat, bertenaga dan kesejahteraan bayi dalam kandungan. Keadaan kesihatan ibu yang terganggu boleh memberi kesan sampingan terhadap bayi.

Setelah mendapat berita kehamilan, semestinya sangat menggembirakan bagi para bakal ibu dan bapa, tetapi bila mengenangkan ada alahan atau masalah loya, muntah tak henti-henti, tak lalu makan, ada yang tidak kuat semangat, letih dan mudah putus asa dan menyebabkan kemurungan atau masalah lain ketika hamil. Set Kehamilan Shaklee, InsyaAllah boleh membantu para ibu sepanjang kehamilan.




Set kehamilan Shaklee Trimester Pertama


1. Vitalea : Multivitamin yang tebaik dengan zat besi.  Ia membantu dalam pembentukkan sel-sel darah merah. Jika ibu-ibu mengambil vitalea, tidak perlu lagi mengambil obimin.

2. B-complex : Mengandungi sebanyak 8 kumpulan vitamin B termasuklah asid folic.  Asid folic dan B12 membantu pembentukan sel-sel darah merah di dalam badan.  Jumlah asid folic yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400mcg.

3. Vitamin C : Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat.  Ia juga membantu dalam penghadaman zat disamping itu, Vitamin C dapat meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.

4.Ostematrix/Kalsium : Ibu mengandung memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari. Ini adalah kerana bayi akan mula mengambil kalsium ibu dengan lebih banyak bermula trimester kedua. Ostematrix  mengandungi bukan sahaja kalsium malah MAGNESIUM dan VITAMIN D. Vitamin D meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan tulang dan kerangka. Pengambilan Ostematrix juga  bertujuan untuk menguatkan dan pembentukan tulang dan gigi bayi yang sihat.  Pengambilan kalsium  juga boleh mengurangkan sakit pinggang, sakit belakang , kebas-kebas atau cramp.

5. ESP : Merupakan minuman protein yang mengandungi banyak kelebihan kepada ibu dan bayi dalam kandungan. Ia juga penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu dan hormon dalam tubuh. Di samping dalam pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Disamping memberi tenaga kepada ibu, ESP juga mampu mencantikkan kulit bayi dalam kandungan dan juga ibu yang hamil itu sendiri.

Set kehamilan Shaklee Trimester 2 dan 3 


Ibu-ibu perlu mengambil vitamin-vitamin seperti di atas dan cuma perlu menambah satu lagi vitamin iaitu Omega Guard : Omega Guard mengandungi 1000mg asid lemak Omega 3 yang termasuk di dalamnya DHA dan EPA yang mana ia boleh menggalakkan perkembangan otak, sistem saraf dan fungsi mata bayi. Pengambilannya hanya di benarkan dan di sarankan selepas bulan ke-4 kehamilan (trimester ke-2)

Supplement yang di larang  untuk ibu ketika hamil
  1. Vitamin E
  2. Alfalfa
  3. Gla
  4. Vivix
  5. Cinch
  6. Caratomax
Kecuali atas saranan doktor. Vitamin-vitamin yang tinggi anti-oksidan tidak digalakkan di ambil di awal kehamilan, takut ibu mengalami risiko keguguran. Biasanya di awal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar di dalm rahim ibu.

Diana
SID 907229

SMS/Call : 012-366 7030
SMS/Call/Whatsapp : 018-212 9170
E-mail : mamamiafaiqa@yahoo.com
 
COD : Putrajaya, Cyberjaya, Serdang, Salak Tinggi, KLIA, Nilai, Seremban dan kawasan sekitar

No comments:

Post a Comment