Friday 5 April 2013

Power Pumping-Tingkatkan Penghasilan Susu

Assalamualaikum..

Apa itu Power Pumping?
Power Pumping adalah satu teknik mengepam yang boleh meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik mengepam guna cara Power Pumping ni adalah sama seperti kita mengepam selalu. Tapi, ada teknik dan cara perlaksaan yang special bila kita mengepam menggunakan teknik Power Pumping ini. Ideanya adalah untuk meniru gaya bayi menyusu dan secara tidak langsung akan meningkatkan penghasilan susu  yang di pam oleh ibu.

Siapa Perlu Buat Power Pumping?
1. Ibu yang kekurangan susu - Berusaha untuk memperbanyakkan semula susu, kekurangan susu adalah berpunca daripada pelbagai faktor. Period, perubahan hormon, emosi ibu terganggu dan lain-lain;
2. Ibu yang menyusukan anak angkat - Teknik Power Pumping digunakan untuk merangsang penghasilan susu keluar;
3.  Ibu yang ingin relaktasi / menyusukan semula anak yang telah berhenti menyusu susu ibu.

Kaedah Power Pumping?
  • Jika anda menggunakan Single Pump/hand expression: Pam breast kanan selama 10minit kemudian tukar pam breast kiri pula 10minit dan bertukar semula ke breast kanan 10minit dan begitulah seterusnya untuk kedua-dua breast selama 1jam.
  • Jika anda menggunakan Double Pump: Pam kedua-dua belah breast secara serentak selama 10minit. Kemudian rehat atau stop pam 10minit dan sambung semula pam kedua belah breast selama 10minit dan rehat semula 10minit. Teruskan sehingga 1jam.
Saranan Waktu Mengepam?
Seelok-eloknya pam pada waktu malam menjelang ke subuh. Ini kerana..pada waktu ini hormon untuk penghasilan susu adalah tinggi.

Power pump di hujung minggu
 Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya bekerja (weekdays).

Berapa Lama Tempoh Nak Dapatkan Hasilnya?
Pertama sekali, kita perlu ingat bahawa bukan sekali buat Power Pumping terus susu mencurah penuh botol 5oz. Kita perlu sabar dan konsisten buat Power Pumping. Sekurang-kurangnya satu minggu kita akan dapat hasil yang menakjubkan. Walaupun pada hari pertama mengepam kita hanya dapat beberapa titis susu ataupun hanya mengepam angin semata-mata, tapi teruskan juga mengepam dan teruskan buat Power Pumping selama seminggu sekurang-kurangnya. Paling elok jika kita buat Power Pumping pada masa yang sama setiap hari selama seminggu. Kerana susu akan di demand pada masa yang sama. Demand semakin kerap dan semakin banyak. Yakinlah Allah akan membantu kita yang ikhlas ingin memberikan yang terbaik untuk anak kita. Banyakkan berdoa. InsyaAllah...

Tips umum mengepam
  1. Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping. Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat sunatterutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan power pumping. Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)
  2. Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya
  3. Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
  4. Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam
  5. Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
  6. Pump setiap 2-4jam sekali
  7. Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya lebih baik :)
Testimoni kaedah power pumping sesi ke-2 sebanyak 9oz selama 15minit :-
Happy Pumping!!!

Diana
SID 907229
SMS/Call : 012-3667030
Whatsapp : 018-2129170
Email : mamamiafaiqa@yahoo.com

No comments:

Post a Comment