Saturday 21 June 2014

Cara Pengambilan Supplement/Vitamin Shaklee pada Bulan Puasa

Assalamualaikum..

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut Bulan Ramadhan dimana umat Islam akan menunaikan ibadat puasa. Sekarang pun ramai yang berpuasa sunat dan juga menggantikan puasa.  aturan jadual makan vitamin masa bulan puasa. Sebenarnya mudah je. Takde cara yang spesifik dalam bab pengambilan vitamin ni. Tak macam ubat, pengambilan vitamin agak fleksibel. Cuma memang sebaiknya kita ambil diwaktu yang sesuai dan tepat supaya vitamin dapat bertindak dengan efektif dan berkesan untuk meningkatkan tahap kesihatan. Kalau tak, rugilah kita makan vitamin. Makan vitamin secara disiplin dan konsisten adalah amalan yang baik.


Untuk bulan puasa mudah je, kita anjakkan saja seperti berikut:
  • Yang Diambil Waktu Sarapan Pagi =>> Kepada Waktu Selepas Berbuka
  • Yang Diambil Waktu Makan Tengahari ==>> Kepada Waktu Selepas Moreh
  • Yang Diambil Waktu Makan Malam ==> Kepada Waktu Sahur

Fasa Hari Berpuasa

Masa bulan puasa, kita boleh bahagikan hari kita kepada 3 bahagian. Iaitu waktu sahur, berpuasa dan berbuka puasa.
  • Waktu Sahur - Adalah waktu kita menyediakan tenaga untuk digunakan sepanjang hari berpuasa.


  • Waktu Berpuasa - Adalah waktu merehatkan usus dan perut daripada tugas harian memproses makanan. Waktu ni juga, tubuh bertugas mencuci usus ataupun detoksifikasi. Detoksifikasi bertujuan membuang segala kotoran dan toksin yang tak perlu daripada tubuh.

  • Waktu Berbuka Puasa - Ini adalah waktu untuk mengisi semula nutrien ke dalam tubuh untuk mendapatkan bekalan tenaga bagi aktiviti beribadat di malam hari seperti Terawikh, Tahajjud dan juga beramal ibadat di masjid dan surau.
Jadi sesuailah dengan aturan pengambilan masa berpuasa nanti. Sebab waktu siang walaupun kita menjalankan aktiviti harian seperti biasa tapi tubuh menjalankan proses detoksifikasi. Waktu malam pula kita banyak aktiviti nak buat terutamanya beramal ibadat, jadi kita memerlukan lebih tenaga berbanding bulan-bulan selain Ramadhan. Waktu sahur pula kita kumpul tenaga banyak-banyak untuk pastikan kita tetap cergas bertenaga walaupun menjalani ibadat puasa

Sebaiknya rujuk pengedar Shaklee anda masing-masing untuk dapatkan aturan makan vitamin yang tepat mengikut jenis vitamin yang anda ambil. Sebab lain orang lain tahap kesihatan, masalah dan kesan setiap vitamin terhadap diri sendiri. Jadi, anda mungkin memerlukan konsultasi yang lebih spesifik dengan pengedar anda. Tapi apa yang paling penting, dapatkan dulu nasihat doktor pakar untuk memastikan anda sesuai mengambil sebarang vitamin. Semoga kekal sihat, bertenaga dan produktif sepanjang bulan Ramadhan nanti. Pengambilan vitamin yang konsisten dan disiplin boleh membantu mengekalkan tahap kesihatan dan kecergasan yang optimum walaupun berpuasa. 

Diana
✆ SMS/CALL/Whatsapp/Wechat : 018-2129170
✆ SMS/CALL : 012-3667030
✉Email:mamamiafaiqa@yahoo.com
✉FanPage : https://www.facebook.com/pages/Supplement4u/647662778596718


COD : Putrajaya, Cyberjaya, Salak Tinggi, KLIA, Nilai, Enstek, Kota seriemas dan kawasan sekitar

No comments:

Post a Comment