Jerawat
adalah sejenis penyakit yang dianggap kronik di mana ia mengganggu kelenjar
yang terdapat di dalam lapisan kulit. Kelenjar-kelenjar ini mengeluarkan minyak
atau sebum yang berfungsi untuk meliputi kulit luar muka dan badan kita dan
bertindak sebagai pelembap semula jadi pada permukaan kulit manusia. Namun
begitu, apabila liang roma pada permukaan kulit anda tersumbat, ini akan
membuatkan kulit muka, belakang dan leher ditumbuhi jerawat.
Kenali Punca-punca Jerawat
Secara lebih terperinci, jerawat membentuk apabila sebum, bakteria
dan sel kulit mati tersangkut di dalam liang roma kulit. Lapisan kulit mati
pada tubuh kita juga akan digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh
terperangkap dalam liang roma tersebut. Oleh itu, mari saya terangkan beberapa
punca yang boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan
dan juga kulit leher manusia.
Hormon dan Jerawat
Pada usia remaja, kelenjar sebaceous mengembang dan mengeluarkan
lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon yang dikenali sebagai hormon
androgen. Sebab itu ramai di kalangan perempuan pada usia remaja dan awal
dewasa kerap mengalami masalah jerawat.
Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum
yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.
Bakteria dan Jerawat
Bakteria yang dikenali dengan nama Propionibacterium acnes pula
adalah salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya
ialah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat
mempunyai Propionibacterium acnes yang lebih banyak berbanding dengan kulit
orang yang tidak berjerawat.
Pemakanan dan Jerawat
Walaupun punca jerawat yang disebabkan oleh diet atau pemakanan
tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta secara terperinci, tetapi diet
mempunyai kesan langsung terhadap tahap insulin dalam badan kita. Untuk
pengetahuan anda, insulin adalah hormon terpenting manusia dan boleh
mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam tubuh termasuk hormon androgen yang
turut menjadi penyebab pertumbuhan jerawat pada kulit muka, belakang dan leher
pesakit.
Stress dan Jerawat
Stress boleh memburukkan lagi simptom jerawat anda tetapi ia boleh
dicegah dengan rawatan jerawat yang betul. Tahap stress yang tinggi memang
mampu memberi kesan ke atas jerawat dan boleh menyebabkan radang jerawat yang
teruk. Selain itu, apabila kita dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon
androgen yang ada di dalam badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi
punca berlakunya pertumbuhan jerawat.
Alat Solek Dan Jerawat
Sebenarnya alat solek bukanlah punca jerawat terbesar untuk kulit,
tetapi jika anda tidak membersihkan kulit anda dengan baik selepas memakai alat
solek, ia boleh memburukkan lagi keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda.
Matahari Dan Jerawat
Cahaya matahari juga bukanlah penyebab utama masalah jerawat tetapi
haba yang dihasilkan oleh matahari boleh menyebabkan kulit anda berpeluh dan
berminyak sekaligus menyumbatkan liang roma.
Pakaian Dan Jerawat
Tidak ramai yang mengalami masalah ditumbuhi jerawat di belakang
badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh jenis pakaian yang dipakai terutama
dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan
kelenjar dan liang roma yang boleh memerangkap sebum. Jangan malas mandi kerana
kulit yang bersih boleh membebaskan anda dari belengu jerawat.
Sebenarnya ini adalah sebahagian sahaja daripada punca-punca yang
boleh menyebabkan kulit anda ditumbuhi jerawat. Namun begitu, proses
pertumbuhan jerawat adalah sangat kompleks dan dikatakan boleh wujud daripada
banyak punca. Saya akan terangkan punca-punca jerawat dengan lebih lanjut dalam
entri-entri yang akan datang agar anda dapat mengenali punca jerawat yang
mungkin anda hidapi.
CREDIT
Diana
✆ SMS/CALL/Whatsapp/Wechat : 018-2129170
✆ SMS/CALL : 012-3667030
✉Email:mamamiafaiqa@yahoo.com
✉FanPage : https://www.facebook.com/pages/Supplement4u/647662778596718
COD : Putrajaya, Cyberjaya, Salak Tinggi, KLIA, Nilai, Enstek, Kotaseriemas dan kawasan sekitar
✆ SMS/CALL/Whatsapp/Wechat : 018-2129170
✆ SMS/CALL : 012-3667030
✉Email:mamamiafaiqa@yahoo.com
✉FanPage : https://www.facebook.com/pages/Supplement4u/647662778596718
COD : Putrajaya, Cyberjaya, Salak Tinggi, KLIA, Nilai, Enstek, Kotaseriemas dan kawasan sekitar
No comments:
Post a Comment