Assalamualaikum..
Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut Bulan Ramadhan dimana umat Islam akan menunaikan ibadat puasa. Sekarang pun ramai yang berpuasa sunat dan juga menggantikan puasa. aturan jadual makan vitamin masa bulan puasa. Sebenarnya mudah je. Takde cara yang spesifik dalam bab
pengambilan vitamin ni. Tak macam ubat, pengambilan vitamin agak
fleksibel. Cuma memang sebaiknya kita ambil diwaktu yang sesuai dan
tepat supaya vitamin dapat bertindak dengan efektif dan berkesan
untuk meningkatkan tahap kesihatan. Kalau tak, rugilah kita makan
vitamin. Makan vitamin secara disiplin dan konsisten adalah amalan yang
baik.
Untuk bulan puasa mudah je, kita anjakkan saja seperti berikut:
- Yang Diambil Waktu Sarapan Pagi =>> Kepada Waktu Selepas Berbuka
- Yang Diambil Waktu Makan Tengahari ==>> Kepada Waktu Selepas Moreh
- Yang Diambil Waktu Makan Malam ==> Kepada Waktu Sahur
Fasa Hari Berpuasa
Masa bulan puasa, kita boleh bahagikan hari kita kepada 3 bahagian. Iaitu waktu sahur, berpuasa dan berbuka puasa.
- Waktu Sahur - Adalah waktu kita menyediakan tenaga untuk digunakan sepanjang hari berpuasa.
- Waktu Berpuasa - Adalah waktu merehatkan usus dan perut daripada tugas harian memproses makanan. Waktu ni juga, tubuh bertugas mencuci usus ataupun detoksifikasi. Detoksifikasi bertujuan membuang segala kotoran dan toksin yang tak perlu daripada tubuh.
- Waktu Berbuka Puasa - Ini adalah waktu untuk mengisi semula nutrien ke dalam tubuh untuk mendapatkan bekalan tenaga bagi aktiviti beribadat di malam hari seperti Terawikh, Tahajjud dan juga beramal ibadat di masjid dan surau.
Jadi sesuailah dengan aturan pengambilan masa berpuasa nanti. Sebab
waktu siang walaupun kita menjalankan aktiviti harian seperti biasa tapi
tubuh menjalankan proses detoksifikasi. Waktu malam pula kita banyak
aktiviti nak buat terutamanya beramal ibadat, jadi kita memerlukan lebih
tenaga berbanding bulan-bulan selain Ramadhan. Waktu sahur pula kita
kumpul tenaga banyak-banyak untuk pastikan kita tetap cergas bertenaga
walaupun menjalani ibadat puasa
Sebaiknya rujuk pengedar Shaklee anda masing-masing untuk dapatkan aturan makan vitamin
yang tepat mengikut jenis vitamin yang anda ambil. Sebab lain orang
lain tahap kesihatan, masalah dan kesan setiap vitamin terhadap diri
sendiri. Jadi, anda mungkin memerlukan konsultasi yang lebih spesifik dengan pengedar anda. Tapi apa yang paling penting, dapatkan dulu nasihat doktor pakar
untuk memastikan anda sesuai mengambil sebarang vitamin. Semoga
kekal sihat, bertenaga dan produktif sepanjang bulan Ramadhan nanti.
Pengambilan vitamin yang konsisten dan disiplin boleh membantu
mengekalkan tahap kesihatan dan kecergasan yang optimum walaupun
berpuasa.
Diana
✆ SMS/CALL/Whatsapp/Wechat : 018-2129170
✆ SMS/CALL : 012-3667030
✉Email:mamamiafaiqa@yahoo.com
✉FanPage : https://www.facebook.com/pages/Supplement4u/647662778596718
COD : Putrajaya, Cyberjaya, Salak Tinggi, KLIA, Nilai, Enstek, Kota seriemas dan kawasan sekitar
Diana
✆ SMS/CALL/Whatsapp/Wechat : 018-2129170
✆ SMS/CALL : 012-3667030
✉Email:mamamiafaiqa@yahoo.com
✉FanPage : https://www.facebook.com/pages/Supplement4u/647662778596718
COD : Putrajaya, Cyberjaya, Salak Tinggi, KLIA, Nilai, Enstek, Kota seriemas dan kawasan sekitar
No comments:
Post a Comment