Gambar perbezaan antara ovari yang mempunyai cyst dan normal
ovari
Assalamualaikum..
Apa itu Ovarian Cyst
Ovarian Cysts adalah nama
yang diberikan kepada cyst atau kantung yang berisi lendir/air yang berada di
dalam kilang telur ovari. Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air, pekat
likat dan ada diantaranya yang mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi.
Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku dikalangan wanita muda dan
kebanyakannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang
memberikan simptom atau gejala. Ia hanya akan disedari apabila sesorang wanita
itu membuat ultrasound ketika menghadapi masaalah kesuburan. Kehadiran ovarian
cyst mungkin menunjukkan sistem peranakan yang bermasalah dan berkait rapat dengan
masalah ketidaksuburan.
Cyst sebenarnya berkait rapat dengan proses reproduksi wanita. Ovarian Cyst
yang normal adalah cyst-cyst yang mengandungi telur dan apabila ia matang, ia
akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Cyst jenis ini dinamakan
sebagai FollicularCyst. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di
dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah kerana jika ia tidak
pecah, saiznya akan bertambah besar serta membahayakan.
Apakah Simptom atau Gejala Ovarian Cysts
Pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu
besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada
bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:
- muntah
dan Loya;
- sakit
Perut;
- sakit
semasa hubungan seks;
- sukar
atau kerap kencing;
- rasa
perut penuh dan tidak selesa; dan
- rasa berat pada ari-ari,
Siapakah yang Berisiko
Untuk Mendapat Cyst
Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi. Kebanyakan wanita mungkin
sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakanya
adalah cyst biasa dan tidak complicated.
Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun,
ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.
Adakaha Cyst Penyebab
Masaalah Ketidak-Suburan
Cyst mempunyai pelbagai jenis dan kebanyakanya tidak menjadi penyebab dan
tidak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil. Kebanyakan cyst tidak
menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekiranya anda mengalami
Endometriosis atau Polycystic Ovaries (PCOS), ia mungkin berkait rapat dengan
masalah kesuburan.
Bagaimana untuk Merawat
Cyst
Rawatan masalah cyst bergantung kepada jenis cyst yang dialami oleh pesakit.
Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan
‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar
atau sudah bertukar bentuk.
Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang
terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada
sesetengah wanita.
Selain itu, anda boleh mencuba mengambil supplement semulajadi GLA Complex
Shaklee yang efektif membantu mengawal masalah ketidakseimbangan hormon. GLA
merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk
prostaglandin – bahan berkesan berupa hormon yang membantu badan mengawalatur
proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber
asid lemak Omega-6. Ia mengandungi vitamin E yang membantu melindungi dinding
arteri dan menyokong sistem imun dengan memelihara integriti sel.
Diantara testimoni Cyst Mengecut
dengan GLA Complex
Testimoni
ini adalah berdasarkan kepada pengalaman pengguna sahaja, kesan ke atas setiap
individu adalah berbeza. Produk ini bukan bertujuan untuk merawat,mencegah, mendiagnose &
menyembuhkan penyakit. Jika anda mempunyai masalah kesihatan, sila rujuk kepada
pakar kesihatan/doktor.
Dapatkan GLA Shaklee pada harga promosi Julai 2013 ~Beli 6 percuma 1, Nak beli 1 pun boleh, 2 pun boleh dan dapatkan harga istimewa sepanjang Julai. Hubungi saya :)
Diana
SID : 907229
SMS/Call : 012-3667030
SMS/Call/Whatsapp : 018-2129170
Email : mamamiafaiqa@yahoo.com
No comments:
Post a Comment