Masalah
berat badan dan bentuk badan berubah selepas melahirkan anak adalah perkara
biasa dan amat risau di kalangan semua kaum-kaum ibu. Bagaimanakah anda ingin mengurangkan berat badan dengan sihat selepas
bersalin?
Tidak semua wanita bertuah mendapat kembali berat dan bentuk badan asal mereka.
Sebelum membuat keputusan untuk mengikuti sebarang proses diet bagi
mengembalikan semula badan yang kurus, langsing dan cergas, fahami terlebih dahulu apa
yang boleh dan tidak boleh di lakukan.
Sebaiknya
tunggulah lebih kurang enam minggu selepas melahirkan bayi sebelum anda
berfikir mengenai proses menguruskan badan. Ingatlah bahawa perubahan bentuk
badan tetap berlaku sepanjang kehamilan.
Justeru kebanyakan wanita menghadapi kesukaran untuk kembali kepada berat badan
sebelum hamil. Namun ia bukanlah satu yang mustahil asalkan anda berdisiplin
dan bercita-cita tinggi untuk mencapai impian tersebut.
Tempoh kehamilan selama sembilan bulan dicampur dengan proses kelahiran bayi
yang memenatkan pasti memerlukan seorang ibu memulihkan kembali tenaga yang
hilang. Oleh itu jangan terus lakukan sebarang senaman berat seperti yang biasa
anda lakukan ketika sebelum hamil.
Pelu diketahui badan anda masih dalam tempoh pemulihan. Ada boleh memulakan dengan membuat
beberapa senaman ringan sebagai pemanas badan. Antara yang mudah dilakukan
seperti berjalan, senaman lantai pelvis dan regangan. Ia perlu dilaksanakan apabila badan
memberi isyarat sudah bersedia untuk melakukannya.
Diet yang berkhasiat dan pelbagai akan mempercepatkan proses pemulihan selepas
bersalin, dan membantu anda bersedia menghadapi cabaran sebagai seorang ibu. Samada
anda memberi bayi anda susu badan atau susu formula, anda harus mensasarkan
untuk mengamalkan diet yang sihat.
Dapatkan garis panduan yang diiktiraf pakar diet dalam membantu anda mencapai
dan mengekalkan berat badan yang sihat :
☼ Jangan
abaikan sarapan pagi;
☼ Makan
sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari;
☼ Masukkan
menu makanan berserat tinggi seperti oat, kekacang, lentil, bijirin dan
biji-bijian dalam diet anda;
☼ Pastikan
hidangan makanan anda mengandungi makanan berkanji seperti roti, nasi dan pasta
(lebih baik jika bijian penuh untuk menambah serat);
☼ Kurangkan
makanan bergoreng, makanan segera, konfeksi, kek dan minuman bergas, yang
mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi; dan
☼ Kawal
saiz hidangan pada waktu makan dan jenis snek serta kekerapan anda mengambilnya
di antara waktu makan.
Berusahalah
tanpa jemu dan jangan berputus asa. Biarpun sukar untuk mengurangkan berat
badan selepas bersalin, tetapi penting bagi anda untuk melakukannya. Tetapi
ingatlah perlu menjaga kesihatan dan jangan secara drastik.
Benarkah menyusukan bayi boleh kurus?
Sebelum
memikirkan tentang badan yang boleh kurus dengan menyusukan bayi, penting untuk
diketahui bahawa apabila menyusu, badan ibu memerlukan tenaga untuk
menghasilkan susu.
Sebanyak
300 hingga 500 kalori diperlukan oleh tubuh badan si ibu yang menyusu bayi.
Walau
bagaimanapun, sebilangan tenaga tambahan yang diperlukan ini akan diperolehi
daripada simpanan lemak sedia ada.
Ini
bermakna, menyusu badan boleh membantu anda mengurangkan berat badan. Ini
adalah cara yang selamat untuk mengurangkan berat badan dan ia tidak mengganggu
kualiti atau bekalan susu anda.
Bilakah saya boleh dapat kembali berat badan normal?
Amalan pemakanan berkhasiat sepatutnya menjadi amalan setiap wanita
tidak kira sebelum hamil mahu pun sepanjang kehamilan. Hakikatnya anda
mungkin perlu beberapa bulan sahaja untuk mengembalikan kesemua nutrien yang
telah digunakan oleh bayi anda untuk membesar dan berkembang.
Namun demikian, sekiranya anda mengalami situasi di luar kawalan
sepanjang kehamilan seperti mabuk kehamilan, alah dengan sesuatu makanan atau
lain-lain masalah menyebabkan amalan pemakanan menjadi tidak teratur, maka
proses mengembalikan berat badan asal mengambil masa yang lama, sekitar setahun
atau lebih.
Sebenarnya tidak perlu terlalu stres memikirkan apa kata orang tentang
bentuk badan yang sudah berubah. Lalui ia dengan tenang kerana ingatlah, anda
anda baru sahaja menyelesaikan tugasan berat yang mengambil segala tenaga dan
nutrisi daripada badan anda.
Asalkan anda mengamalkan pemakanan sihat dan berkhasiat, bersenam,
menyusukan bayi dan menikmati pengalaman bergelar ibu dengan gembira secara
automatik anda memberi masa kepada tubuh badan untuk kembali kepada bentuk badan asal
secara sihat.
Diana
SID 907229
SMS/CALL : 012-3667030
SMS/CALL/Whatsapp : 018-2129170
Email : mamamiafaiqa@yahoo.com