Apabila seseorang perempuan dilahirkan, ia telah disediakan oleh Yang
Maha Pencipta dengan sejumlah telur/ovum. Tiap-tiap bulan, telur ini
akan mengalami proses pematangan. Setiap bulan, satu demi satu telur
yang matang akan dibebaskan dari ovari dan bergerak ke tiub Fallopio
untuk disenyawakan oleh sperma.
Telur ini perlu berada dalam keadaan baik dan berkualiti bagi
memastikan ia dapat disenyawakan dengan baik oleh sperma. Antara masalah
yang mungkin berlaku kepada telur adalah tidak matang, saiz kecil dan
kekurangan dari segi kualiti.
Oleh itu, bagaimana ingin memastikan bahawa proses pembebasan telur dari ovari berlaku dengan lancar dan telur yang terhasil tersebut berkualiti dan dapat disenyawakan dengan baik oleh sperma?
Oleh itu, bagaimana ingin memastikan bahawa proses pembebasan telur dari ovari berlaku dengan lancar dan telur yang terhasil tersebut berkualiti dan dapat disenyawakan dengan baik oleh sperma?
Di sinilah peranan yang dimainkan oleh CoQ10. Pengambilan CoQ10 akan dapat membantu menghasilkan telur yang matang dan berkualiti bagi memastikan kejayaan proses persenyawaan.
CoQ10 yang juga dikenali sebagai Ubiquinone adalah sejenis nutrien yang larut
lemak yang penting bagi penghasilan tenaga dalam sel. CoQ10 ini mula
dijumpai oleh Professor Fredrick L. Crane pada tahun 1957. Namun,
perkaitannya dengan proses penghasilan tenaga dijumpai oleh Dr Peter D.
Mitchell pada tahun 1978 dan seterusnya mendapat Hadiah Nobel atas
penemuannya ini.
CoQ10 boleh didapati pada setiap sel pada badan manusia. CoQ10 juga
boleh didapati dari sumber-sumber makanan seperti hati, daging,
kekacang, sardin dan soya. Sel badan menggunakan CoQ10 ini bagi
menghasilkan tenaga bagi tumbesaran dan pengawalaturan sel, termasuklah
ovum.(ovum adalah sejenis sel). Ia juga berfungsi sebagai antioksidan
yang mengawal sel daripada molekul-molekul radikal bebas.
CoQ10 sangat terkenal sebagai suplemen untuk kesihatan jantung. Ia
juga sangat membantu individu-individu yang selalu mengalami masalah
keletihan dan kelesuan. Oleh itu, biasanya CoQ10 ini diambil bagi tujuan
kesihatan jantung dan tenaga. Peranannya bagi tujuan ini banyak
disokong oleh pelbagai kajian-kajian klinikal dari seluruh dunia. Namun,
tersangat jarang yang tahu tentang peranan CoQ10 dalam bidang
kesuburan, baik bagi wanita mahupun lelaki.
Sebenarnya, peranan CoQ10 terhadap kesuburan lelaki
telah lama dikaji oleh para penyelidik manakala hipotesis tentang
peranan CoQ10 terhadap kesuburan wanita pula mula diperkenalkan pada
tahun 2009. Jurnal ‘Fertility & Sterility’
telah menerbitkan kajian tersebut yang telah dijalankan oleh sekumpulan
penyelidik dari Toronto Centre of Advanced Reproductive Technology yang
diketuai oleh Eliezer Burstein M.D. Kesan daripada pengambilan CoQ10
ini didapati telah membantu kejayaan proses IVF bagi pesakit-pesakit
beliau. Dalam masa 3 tahun, kadar kejayaan IVF dalam kalangan pesakit
wanita yang berumur lebih 40 tahun meningkat sebanyak 10 peratus.
Kemudian, beberapa kajian lanjut yang dijalankan juga menunjukkan
hasil yang menarik dan mula mengukuhkan lagi hipotesis sebelum ini.
Bagaimana CoQ10 Meningkatkan Kesuburan Wanita
Sebelum itu, kita lihat proses pematangan sel telur melalui gambarajah di bawah :)
CoQ10 memainkan peranannya dalam Mitokondria. Mitokondria adalah
ibarat stesen janakuasa bagi sesuatu sel. CoQ10 akan memainkan peranan
bagi penghasilan ATP sebagai sumber tenaga bagi membantu ‘oocyte primer’
iaitu telur yang belum matang untuk berkembang kepada telur yang
matang(secondary oocyte). Telur yang matang ini akan dibebaskan keluar
dari Ovari dan menuju ke Tiub Fallopio untuk disenyawakan oleh sperma.
Proses pematangan Oosit Primer ini sangat memerlukan ATP(sumber
tenaga) yang banyak. Bagi sesetengah wanita terutamanya yang sudah
berusia, kandungan CoQ10 ini semakin berkurangan. Oleh itu, ATP dalam
Mitokondria juga berkurangan menyebabkan kualiti telur merosot.
Seperti yang kami nyatakan sebelum ini, seseorang bayi perempuan akan
lahir dengan sejumlah telur yang akan dibebaskan satu demi satu setiap
bulan. Katakanlah seseorang wanita tersebut berusia 40 tahun, maka telur
wanita tersebut juga berusia 40 tahun. CoQ10 yang terkandung secara
semula jadi dalam diet harian seperti ikan, daging dan sesetengah
buah-buahan dan sayuran adalah sangat sedikit bagi menampung kekurangan
ini.
Oleh itu, dengan izin Yang Maha Pencipta, pengambilan CoQ10 akan
membantu membekalkan tenaga bagi proses penghasilan telur yang sihat dan
berkualiti.
“Proses penghasilan ovum yang sihat dan berkualiti memerlukan banyak tenaga. Tenaga ini dibekalan oleh CoQ10. Namun dengan
peningkatan usia dan kaedah pemakanan yang tidak sihat, kandungan CoQ10
dalam seseorang wanita akan merosot. Pengambilan CoQ10 akan membantu
mengatasi masalah kekurangan tenaga dalam proses ovulasi. Ini
akan memastikan bahawa telur yang terhasil adalah sihat, matang dan
berkualiti. Kesimpulannya, CoQ10 akan bertindak di peringkat awal proses
pematangan telur pada peringkat Oosit Primer.”
Diana
SID 907229
✆ SMS/CALL/Whatsapp :
018-2129170
✆ SMS/CALL : 012-3667030
✉ Email : mamamiafaiqa@yahoo.com
COD : Putrajaya, Cyberjaya, Salak Tinggi, KLIA, Nilai, dan kawasan sekitar